Thursday, September 18, 2008

Perutusan Barisan Pimpinan MPP 2008/09

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Syukur Alhamdulillah, kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah s.w.t kerana pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) selamat berjalan dan terlaksana dengan jayanya.

Dengan ini, kami, barisan pimpinan MPP yang baru ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas undian dan sokongan padu semua pelajar. Tidak dilupakan pihak urusetia pilihanraya MPP dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupn tidak.

Sukacita dimaklumkan yang kami telah membincangkan beberapa perkara dan membaikpulih medium komunikasi antara MPP dan pelajar. Kami berharap agar sokongan pelajar antara berterusan demi memartabatkan kembali MPP untuk memperjuangkan kebajikan sahabat-sahabat sekelian.

Dan pada malam ini juga kami telah melaksanakan tanggungjawab kami dalam usaha berbakti kepada sahabat-sahabat iaitu kutipan derma untuk Tabung Penyayang Raudah anjuran pelajar-pelajar yang mengambil subjek kaunseling & kerja sosial(KKSB113). Kami berharap agar program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

Sekian, Terima kasih.

Barisan MPP UNITEN 2008/09

No comments: