Tuesday, September 16, 2008

My manifesto for MPP

1)Saya akan mewujudkan kembali program2 besar yang pernah dianjurkan oleh MPP dahulu dahulu dan pastikan program2 besar ini dapat dilaksanakan.
- Program2 besar adalah seperti:

a)Baktisiswa Perdana – Aktiviti ini berbentuk program anak angkat yang melibat beberapa buah Sekolah dan kampong. Program ini akan disertai oleh pelajar dan memberi peluang mengenali suasana kehidupan di kampung.

b)Karnival Mahasiswa – Program yang berbentuk aktiviti terbuka kepada semua pelajar untuk menyertai program yang disediakan antaranya program yang bercorak sukan dan reakrasi, kebudayaan dan hiburan. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan pelajar dengan aktiviti luar disamping memupuk semangat kesukanan yang tinggi.

2) Memang tidak dinafikan kebajikan adalah isu pertama, andai kata saya dipilih sebagai calon MPP kali ini, saya ada salah satu cara penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Saya akan wujudkan satu pasukan khas uniten.

-Pasukan khas ini, adalah orang pertama sampai ke tempat kejadian dan akan menolong,membantu menyelesaikan masalah-masalah berbangkit. Pasukan khas ini akan mengambil gambar di tempat kejadian, membuat laporan dan mencadangkan cara penyelesaian. Laporan masalah aduan kebajikan akan di hantar terus ke pihak pengurusan untuk diambil tindakan. Laporan yang lengkap akan disediakan. Bagi merealisasikan perkara ini saya sanggup mengeluarkan duit saya sendri untuk pasukan khas ini membuat kerja. Pasukan khas ini telah dibuat di IPTA lain sebagai contoh UUM.

No comments: