Saturday, November 8, 2008

Perbentangan SKP 0809(MPKP 1)

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap kelab dan persatuan

1) Kelab dan persatuan digalakkan untuk berkerjasama dalam perlaksanaan program.

2) Setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah mencapai objektif pertubuhan sesebuah kelab dan persatuan. Aktiviti yang dijalankan juga mestilah menjurus ke arah misi dan visi UNITEN.

3) Proposal (kertas kerja).

a) Ulasan MPP dalam kertas kerja:

i) Temujanji (call / sms). Saya tidak menetapkan had masa, temujanji yang dibuat mengikut kesesuaian masa. Segala urusan adalah di dalam bilik MPP sahaja.

ii) Sekiranya saya tidak berkelapangan anda diberi pilihan untuk untuk meletakan ‘proposal’ luar bilik MPP di tempat yang disediakan.

b) Senarai pengulas kertas kerja mengikut keutamaan:

i) ALIFF IRSYAD BIN NGAH (Sekretariat Kelab Persatuan) (013-6249365)

ii) NUR HIDAYAH SAIDIN (Sekretariat Latihan dan Kepimpinan) (013-2579217)

iii) MOHD MUAZAN BIN MOHD MOHSIN (Sekretariat Hubungan Luar)(013-6364606)

c) Setiap proposal hendaklah disertakan bersama surat permohonan menjalankan aktiviti. Surat permohonan dilampirkan di muka surat hadapan.

d) Setelah diberi ulasan, satu salinan photostat ‘proposal’ hendaklah diberikan kepada pihak Seketariat Kelab dan Persatuan untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang.

4) Yahoo group – unitenclub dan activeuniten

a) Digunakan untuk upload file, pengumunan daripada SKP, dll)

b) Setiap kelab dan persatuan disarankan agar mendaftar menjadi ahli untuk group unitenclub. Satu kelab,satu yang mendaftar.(email kelab anda)

c) Active uniten – Terbuka kepada semua pelajar UNITEN untuk mengetahui maklumat yang disampaikan kepada kelab dan persatuan UNITEN

5) Bangunan Pusat Aktiviti Pelajar (PAP)

a) Pemilihan kelab dan persatuan untuk memperolehi bilik (work station) di Bangunan Pusat Aktiviti Pelajar adalah melalui merit PHEP. Keutamaan diberikan kepada kelab dan persatuan yang telah memohon untuk bilik tersebut pada sesi lepas. Kelab dan Persatuan yang gagal mendapatkan bilik akan di”KIV” terlebih dahulu dan akan ditempatkan di pusat tersebut jika ada kekosongan pada masa akan datang.

b) Bangunan itu terbuka dan boleh digunakan oleh semua kelab dan persatuan

c) Semua kelab dan persatuan yang 21 kelab yang mendapat tempat di PAP mesti berada disana sebelum 1 JAN 2009. Saya minta kerjasama daripada anda semua.

Friday, November 7, 2008

Penjelasan dari pihak ITMS II, Meeting 6/11/2008

Antara penjelasan mengenai masalah network UNITEN oleh pihak ITMS:

1) Berikutan masalah network diantara pertengahan bulan Oktober 2008 dimana pada ketika itu pihak ITMS sedang menjalankan proses membahagikan bandwidth diantara pihak staff dan student. Berikut sedikit maklumat mengenai itu:
Siang
15MB - staff/lecturer
12MB - student
7MB - server/ilsas

Malam
21MB - semua apartment penginapan(student/staff)
13MB - server(untuk tampung semua connection)


2)Masalah mengakses port 22 pula adalah maybe disebabkan kesilapan teknikal dan pihak ITMS telah terlepas pandang. Port 22 sepatutnya default open dan tidak ditutup sepatutnya. Tindakan susulan mengenal pasti masalah sebenar akan diambil segera.

3) Wifi di UNITEN dalam perangcangan diperluaskan kesemua blok akademik. Namun masih menunggu clearance pihak pengurusan.

4) Akses wifi menggunakan PDA di UNITEN adalah terhad kepada PDA yang mempunyai konfigurasi yang boleh disablekan network certificate. Pihak ITMS tidak mempunyai sebarang dedicated network certificate buat masa ini.

5) Kampus muadzam akan mendapat perkhidmatan 24/7 internet dengan kapasiti bandwidth 2MB dimana ia adalah berasingan dengan network Kampus Bangi. Untuk makluman Kampus Muadzam mempunyai kapasiti bandwidth 2MB oleh telekom malaysia. Manakala Kampus Bangi berkapasiti bandwidth 34MB oleh time telecommunication.

6) Sambungan Wide Area Network (WAN) diantara Kampus Muadzam dan Kampus Bangi dalam perancangan dan masih dalam percubaan. Sambungan ini menggunakan grid nasional atas ihsan TNB dengan kapasiti bandwidth 34MB. Pihak ITMS juga mempunyai kepakaran untuk menaik taraf sambungan ini. Insyaallah kalau semua berjalan lancar tahun depan maybe akan wujud sambungan WAN diantara kedua-dua kampus. Perbincangan diantara pihak UNITEN dan TNB masih dalam proses.

8) Berikut adalah kos network uniten:
Kampus Bangi - 34MB = RM450K annually
Kampus Muadzam - 2MB = RM100K annually

9) Kemungkinan perancangan peningkatan bandwidth UNITEN akan diadakan seawal tahun depan bagi memenuhi keperluan warga UNITEN baik student/staff/lecturer kedua-dua kampus.


Kehadiran:
Encik Faizal Aziz -IT Executive ITMS UNITEN
Saudara Syafeeq - Presiden MPP UNITEN 08/09
hantugaz - wakil UG Community

Pertandingan Website Student Representatives Council..... -> baca jgn xbaca <

Student Representatives Council will be organizing a Website designing
competition. Its open for UNITEN students.

Theme for this website will be "GLOBAL UNITEN"

The requirements for this competition are:
-> All the files should be done with ASP.NET
-> The Database used will be MYSQL

Functions that these website should have:
-> Suggestion form which can send emails and store the suggestions
into database
-> Creating polls and show results
-> Announcement area
-> Interactive banner and buttons
-> Flashy Banners (must be able to change for every important event)
-> Language used must be only English
-> area for sponsors logo
-> resolution 1024 x 768
-> All necessary tabs and other functions related to Student
Representatives Council

Colors suggested to use :
-> Blue
-> Red
-> Grey
-> Dark Green
-> Follow any color related to UNITEN logo and MPP logo
-> Please do refer to Student Representatives Council latest poster.
Logo:
-> SRC Logo
-> UNITEN Logo

Dateline: 1/12/2008

Rewards:
-> 1 year Student Representatives Council webmaster
-> Certificate as Sub Exco of Student Representatives Council
-> Special Student Representatives Council Gift

Points will be given based:
-> On your presentation to Student Representatives Council.
->On your design
-> Creativity of adding more functions
-> Creativity of matching of colors
-> Systematic of your coding

Thursday, October 23, 2008

Majlis Presiden Kelab dan Persatuan UNITEN (MPKP UNITEN)

Majlis Perwakilan Pelajar 08/09 melalui Sekretariat Kelab dan Persatuan mengadakan sebuah mesyuarat rasmi yang dihadiri semua pemimpin-pemimpin pelajar UNITEN pada hari Jumaat 17 Oktober 08,bertempat di Dewan Kuliah COIT. Mesyuarat atau Majlis yang telah lama ditubuhkan ini bertujuan menghimpunkan pemimpin-pemimpin Kelab/Persatuan di Kampus Putrajaya ini. Saya memperoleh info mengenai intipati Majlis ini dari sahabat-sahabat yang menghadirinya.

Saya mengganggarkan Majlis ini adalah medium penting bagi pihak MPP bersua muka dan membincangkan sebarang isu secara serius dan rasional bagi menyelaraskan pembangunan pelajar di Universiti kita. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memuji usaha pihak MPP yang zahirnya telus dalam perjuangan hak-hak pelajar dan penghasilan graduan-graduan yang kompeten kelak.

Saya juga ingin memetik ucapan sulung Presiden MPP 08/09, Saudara Syafeeq:

Kelab/Persatuan umpama kerajaan-kerajaan negeri yang bernaung dibawah kerajaan pusat(baca:MPP). Kerajaan-kerajaan negeri ini diberi kebebasan mencorak hala-tuju,mentadbir pengurusan dan memelihara tradisi dan identiti. MPP pula kerajaan Pusat yang menjadi tunjangnya.

Saya amat meminati perumpamaan ini. Jelas kematangan politik pelajar-pelajar kita harus dipuji. Menggunakan konsep kerjasama utuh diantara kerajaan negeri dan Pusat bagi menggapai visi dan misi ulung,Generates Professional. Kesatuan atau Persekutuan ini boleh menjamin kebebasan kelab/Persatuan dan pada masa yang sama MPP dapat menjalankan amanah mereka sebagai badan tertinggi pelajar.

Ini harus diambil perluang oleh semua pelajar-pelajar baik pimpinan atau tidak. MPP sesi ini cuba menonjolkan pembawakan yang rasional dan menghormati entiti-entiti lain didalam UNITEN ini.Ini juga jelas menunjukkan MPP 08/09 cuba bertindak adil dalam menyelaraskan pergerakkan dunia aktiviti pelajar kita. Seharusnya Kelab/Persatuan membalas penghormatan ini dengan menghormati MPP dan sentiasa bermesyuarah dan menyokong sebarang usaha-usaha yang mengembalikan keyakinan pelajar kepada pemimpin-pemimpin mereka khususnya dan kebaikan semua pelajar UNITEN amnya.

Disamping itu,kedengaran MPP mengeluarkan polisi atau cadangan baru dalam membantu Kelab/Persatuan didalam mengatasi masalah kekurangan dana menganjurkan program-program. Sumber rapat MPP mendedahkan mereka akan menggalakkan,membantu dan memudah-carakan Kelab/Persatuan mendapatkan dana-dana tambahan berbentuk penajaan luar UNITEN seperti dari Korporat,NGO dan Kerajaan dan sebagainya. Malah MPP akan mengadakan satu kursus khas melatih dan memberikan pendedahan kepada Kelab/Persatuan berkenaan proses dan prosedur mendapatkan penajaan serta teknik-teknik berurusan dengan penaja-penaja. MPP juga dikatakan akan mengeluarkan senarai-senarai penaja-penaja yang berpotensi.

Saya kira ini adalah satu usaha yang bagus dan sangat-sangat diperlukan dikala kesukaran memperoleh dana Tabung Aktiviti Pelajar. Inisiatif ini perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi membantu Kelab/Persatuan. Saya menyeru Kelab/Persatuan menyokong MPP dalam usaha ini. Saya juga menyeru agar MPP berusaha keras membantu rakan-rakan pimpinan kalian di UNITEN ini.

MPKP seharusnya bukan sekadar mesyuarat atau perjumpaan biasa. MPKP seharusnya menjadi Majlis yang dihormati dan disegani. Majlis ini menghimpunkan hampir semua kepala-kepala organisasi pelajar. Saya ingin mengambil kesempatan menyeru MPP supaya serius didalam hal MPKP. Jadikan MPKP ini medan pemutus dasar dan polisi untuk mentadbir Kelab/Persatuan. jadikan ia sebagai jambatan kukuh menghubungkan MPP dan Kelab/Persatuan. Bersatu dan Bermesyuarahlah agar dunia aktiviti pelajar kita kukuh umpama Persekutuan Malaysia dan 13 Negeri-Negerinya

(kredit to penerai unitendaily)

Merit pihak penginapan UNITEN??

Di sini saya lampirkan sedikit informasi mengenai CRITERIA MERIT FOR EARLY ONLINE SLOT yg disediakan pihak Universiti dalam Buku PERATURAN-PERATURAN PENGINAPAN, page terakhir.

Criteria 1-weightage 30%

INVOLVEMENT IN CLUB/SOCIETY
>>mpp Executive Committee - Score 5
>>club/society president - 4
>>Club society executive committee - 3
>>SAF block committee - 2

Criteria 2-weightage 25%

INVOLVEMENT IN ORGANIZING OR REPRESENTING UNIVERSITY IN STUDENTS
ACTIVITIES
>>representing university/country - Score 5
>>program/activity director - 4
>>facilitator/ volunteer - 3
>>Activity/program committee members - 2

Criteria 3-weightage 20%

YEAR OF STUDY
>>Final year (4th & 5th year) - score 5
>>Second year (40 -79 credits hour) - 4
>>third year ( 80 - 119 credits hour) - 3
>>second year (1 - 39 credits hour) - 2

Criteria 4

DISTANCE FROM HOME TO CAMPUS
>> Sabah & Sarawak to KSHAS - 5
>>Kelantan, Terengganu, Penang, Perlis, Kedah & Perak to KSHAS - 4
>>Melaka, KL, Putrajaya & Selangor to KSHAS - 3
>>JOhor to KSHAS - 2
>> Pahang & Negeri Sembilan - 1

Criteria 5-weightage 10%

CGPA STATUS
>>3.0 and above - 5
>>2.0 to 2.99 - 4
>>1.99 and below - 3

TOTAL score 100%
(Deduct 1 from total score if student has own vehicle
car/motorcycle/ bicycle)

Cuma masalah yg saya hadapi, saya pun tidak tahu cara pengiraan merit ini.SORRY!!

Monday, October 13, 2008

Global Peace Festival Malaysia 2008

INVITATION OF THE STUDENTS TO PEACE CONCERT GLOBAL PEACE FESTIVAL (GPF) MALAYSIA 2008, STADIUM PUTRA BUKIT JALIL, 19 OCTOBER 2008

In celebration of the Global Peace Festival 2008, we would like to invite your club/association students to the Global Peace Festival Main Celebration to be held at the Putra Stadium, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia on 19th October 2008 with the theme - "Let's Make Malaysia the World Capital of Peace".

we are inviting board of your members to support our efforts through sending at least 80 students to involve in Global Peace Festival Main Celebration on 19th October 2008 at Putra Stadium, Bukit Jalil.

We look forward to have students from your club/ association to participate in this meaningful event. Kindly reply us by tomorrow Tuesday 14th Oct.

Your participation will add value contributing to the fulfillment of lasting peace. The youth will shape the future of the nation.


Let's join for Peace!!!

Tuesday, September 23, 2008

Penjelasan dari pihak ITMS, mengenai masalah sambungan(UNITEN)

Meeting bersama Encik Faisal Abd. Aziz (IT Executive ITMS) ,wakil aibob, hantugaz dan wakil MPP, saudara Aliff Irsyad-
Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak ITMS sedang dalam proses menaik taraf switch di setiap kelompok yang pada asalnya hanya berkapasiti 10mbps kepada 100mbps.Setiap block akan ditukarkan switch terbabit kepada yang berkapasiti 100mbps. contoh di cendiakawan setiap blok memerlukan 8 set penukaran swicth.Kelajuan sambungan internet UNITEN sekarang adalah 34mb dimana termasuk dengan muadzam.
Selepas kerja-kerja menaik taraf di kampus bangi selesai, giliran muadzam pula. (server sendiri muadzam...)Untuk makluman, setiap port di cendiakawan, ilmu dan murni akan mempunyai minimum 3 ip dan maksimum 5 ip..
Selain penukaran switch baru, pihak ITMS juga menambahbaik server proxy UNITEN dengan menukarkan system lama yang sedia ada kepada sytem baru yang lebih sesuai dan lebih baik dari sebelumnya.Pengasingan proxy diantara student dan staff juga telah dilaksanakan.ITMS juga dalam proses pembelian monitoring tools untuk mengefisyenkan kerja-kerja kawal selia network UNITEN (tgk apa yang kita buat la..)
Antara penyumbang kepada kelembaban sambungan internet adalah aplikasi online games yang menggunakan server dalaman dan juga terlalu banyak port yang aktif pada satu-satu masa ( banyak sangat user yang online..)Penguna tunnel tidak memberikan kesan melembabkan sambungan internet di uniten kerana mereka mengunakan sever luar.
Pihak ITMS juga masih bersikap tutup sebelah mana untuk aktiviti meng"abuse" sambungan internet buat masa ini. Namun tindakan selanjutnya akan diambil jika aktiviti ini masih berleluasa.Pihak ITMS memberikan jaminan bahawa masalah sambungan internet akan selesai selewat-lewatnya pertengahan bulan Oktober 2008.
Jika terdapat sebarang masalah mengenai sambungan internet sila hubungi ITMS
Talian : 603-8921 2020 ext : 1669
Masa Bekerja : 9.00am - 10.00pm