Tuesday, September 23, 2008

Penjelasan dari pihak ITMS, mengenai masalah sambungan(UNITEN)

Meeting bersama Encik Faisal Abd. Aziz (IT Executive ITMS) ,wakil aibob, hantugaz dan wakil MPP, saudara Aliff Irsyad-
Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak ITMS sedang dalam proses menaik taraf switch di setiap kelompok yang pada asalnya hanya berkapasiti 10mbps kepada 100mbps.Setiap block akan ditukarkan switch terbabit kepada yang berkapasiti 100mbps. contoh di cendiakawan setiap blok memerlukan 8 set penukaran swicth.Kelajuan sambungan internet UNITEN sekarang adalah 34mb dimana termasuk dengan muadzam.
Selepas kerja-kerja menaik taraf di kampus bangi selesai, giliran muadzam pula. (server sendiri muadzam...)Untuk makluman, setiap port di cendiakawan, ilmu dan murni akan mempunyai minimum 3 ip dan maksimum 5 ip..
Selain penukaran switch baru, pihak ITMS juga menambahbaik server proxy UNITEN dengan menukarkan system lama yang sedia ada kepada sytem baru yang lebih sesuai dan lebih baik dari sebelumnya.Pengasingan proxy diantara student dan staff juga telah dilaksanakan.ITMS juga dalam proses pembelian monitoring tools untuk mengefisyenkan kerja-kerja kawal selia network UNITEN (tgk apa yang kita buat la..)
Antara penyumbang kepada kelembaban sambungan internet adalah aplikasi online games yang menggunakan server dalaman dan juga terlalu banyak port yang aktif pada satu-satu masa ( banyak sangat user yang online..)Penguna tunnel tidak memberikan kesan melembabkan sambungan internet di uniten kerana mereka mengunakan sever luar.
Pihak ITMS juga masih bersikap tutup sebelah mana untuk aktiviti meng"abuse" sambungan internet buat masa ini. Namun tindakan selanjutnya akan diambil jika aktiviti ini masih berleluasa.Pihak ITMS memberikan jaminan bahawa masalah sambungan internet akan selesai selewat-lewatnya pertengahan bulan Oktober 2008.
Jika terdapat sebarang masalah mengenai sambungan internet sila hubungi ITMS
Talian : 603-8921 2020 ext : 1669
Masa Bekerja : 9.00am - 10.00pm

Monday, September 22, 2008

MPP UNITEN Berbuka Puasa Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor

Adalah dimaklumkan bahawa satu majlis berbuka puasa Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor bersama Mahasiswa Negeri Selangor 2008.

Tarikh : 22 September 2008(Isnin)

Masa : 5:30 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor,
Jalan Permata 7/1, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai sumbangan dan sokongan para mahasiswa dalam arus pembangunan Negeri Selangor di samping dapat mengenali Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor secara dekat.

MPP UNITEN yang beragama Islam telah menghadiri majlis ini dan telah mendapat sumbangan sebanyak RM1000.00. Alhamdurillah, Majlis ini berakhir dengan lancar disamping dapat berkenalan dengan MPP di universiti lain dalam kawasan selangor. Saya berbangga dengan MPP kali ini...harap dapat teruskan perjuangan...

Notis Gangguan Rangkaian Apartment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak ITMS akan membuat kerja-kerja menaik taraf sistem rangkaian di Apartment Pelajar Sehubungan dengan itu akan berlaku gangguan secara berkala dari masa ke semasa sepanjang tempoh tersebut. Berikut adalah tarikh dan masa yang telah dirancang :

Kelompok Cendiakawan 3 :
16 – 20 September (9.00am – 5.00pm)
Kelompok Murni 1 & 2 :
22 – 26 September (9.00am – 5.00pm)
Ilmu 5 & 6 :
13 – 18 Oktober (9.00am – 5.00pm)

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.

Terima kasih.

Dear all,

Please take note that there will be a periodic disruption to normal network services, due to a minor network upgrade exercise at our student apartment switches. The details of the planned disruption are as below :

Kelompok Cendiakawan 3 :
16 – 20 September (9.00am – 5.00pm)
Kelompok Murni 1 & 2 :
22 – 26 September (9.00am – 5.00pm)
Ilmu 5 & 6 :
13 – 18 Oktober (9.00am – 5.00pm)

We apologies in advance for any inconvenience caused.

Thank you

FAIZAL BIN ABD. AZIZ,
Network Unit, ITMS,
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL.

Thursday, September 18, 2008

Perutusan Barisan Pimpinan MPP 2008/09

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Syukur Alhamdulillah, kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah s.w.t kerana pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) selamat berjalan dan terlaksana dengan jayanya.

Dengan ini, kami, barisan pimpinan MPP yang baru ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas undian dan sokongan padu semua pelajar. Tidak dilupakan pihak urusetia pilihanraya MPP dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupn tidak.

Sukacita dimaklumkan yang kami telah membincangkan beberapa perkara dan membaikpulih medium komunikasi antara MPP dan pelajar. Kami berharap agar sokongan pelajar antara berterusan demi memartabatkan kembali MPP untuk memperjuangkan kebajikan sahabat-sahabat sekelian.

Dan pada malam ini juga kami telah melaksanakan tanggungjawab kami dalam usaha berbakti kepada sahabat-sahabat iaitu kutipan derma untuk Tabung Penyayang Raudah anjuran pelajar-pelajar yang mengambil subjek kaunseling & kerja sosial(KKSB113). Kami berharap agar program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

Sekian, Terima kasih.

Barisan MPP UNITEN 2008/09

Wednesday, September 17, 2008

Pengalaman Mr.L

Pengalaman:

Disini saya letak pengalaman atau beberapa program kendalikan semasa berada di UNITEN. Memang banyak kenangan manis dan pengalaman baru yang saya dapat. Saya merasakan tidak cukup lagi dengan apa yang saya ada, masih tidak cukup kerana saya rasa masih lagi banyak lagi yang belum saya pelajari.


2005/2006
1. Exco Program dan Aktiviti PRS
2. Pengarah Program Majlis Berbuka Puasa PRS
3. Pengarah Program Nature’s Care Day I SRM
4. Pengarah Program Mahasiswa Mesra Budaya (MMB) PRS
5. Pengarah Program Seminar Pembangunan Mahasiswa (SPM 2006) PRS
6. Timbalan Biro Teknikal Kursus Asas Fasilitator II (K-Faci II)
7. Fasilitator Orientasi UNITEN June 2005/2006
8. Fasilitator Online UNITEN 2005/2006
9. Timbalan Biro Program Karnival Mahasiswa

2006/2007

1. Timbalan Presiden 1 PRS
2. Pengarah Program Kem Warisan Rakyat Gemilang(KWRG III) PRS
3. Pengarah Program Kem Generasi Warisan Cemerlang(KGWC 2006) PRS
4. Timbalan Pengarah Program Induksi Exco PRS 2006/2007
5. Fasilitator Orientasi UNITEN June 2006/2007
6. Fasilitator Online UNITEN 2006/2007

2007/2008

1. Ketua Biro Protokol Training Of Trainer Islamic Studies II (ToT)

2008/2009

1. Fasilitator Orientasi UNITEN June 2008/2009

p/s: banyak lagi aktiviti dan program sukarelawan yang disertai di dalam serta di luar UNITEN.

Tuesday, September 16, 2008

My manifesto for MPP

1)Saya akan mewujudkan kembali program2 besar yang pernah dianjurkan oleh MPP dahulu dahulu dan pastikan program2 besar ini dapat dilaksanakan.
- Program2 besar adalah seperti:

a)Baktisiswa Perdana – Aktiviti ini berbentuk program anak angkat yang melibat beberapa buah Sekolah dan kampong. Program ini akan disertai oleh pelajar dan memberi peluang mengenali suasana kehidupan di kampung.

b)Karnival Mahasiswa – Program yang berbentuk aktiviti terbuka kepada semua pelajar untuk menyertai program yang disediakan antaranya program yang bercorak sukan dan reakrasi, kebudayaan dan hiburan. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan pelajar dengan aktiviti luar disamping memupuk semangat kesukanan yang tinggi.

2) Memang tidak dinafikan kebajikan adalah isu pertama, andai kata saya dipilih sebagai calon MPP kali ini, saya ada salah satu cara penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Saya akan wujudkan satu pasukan khas uniten.

-Pasukan khas ini, adalah orang pertama sampai ke tempat kejadian dan akan menolong,membantu menyelesaikan masalah-masalah berbangkit. Pasukan khas ini akan mengambil gambar di tempat kejadian, membuat laporan dan mencadangkan cara penyelesaian. Laporan masalah aduan kebajikan akan di hantar terus ke pihak pengurusan untuk diambil tindakan. Laporan yang lengkap akan disediakan. Bagi merealisasikan perkara ini saya sanggup mengeluarkan duit saya sendri untuk pasukan khas ini membuat kerja. Pasukan khas ini telah dibuat di IPTA lain sebagai contoh UUM.