Tuesday, September 23, 2008

Penjelasan dari pihak ITMS, mengenai masalah sambungan(UNITEN)

Meeting bersama Encik Faisal Abd. Aziz (IT Executive ITMS) ,wakil aibob, hantugaz dan wakil MPP, saudara Aliff Irsyad-
Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak ITMS sedang dalam proses menaik taraf switch di setiap kelompok yang pada asalnya hanya berkapasiti 10mbps kepada 100mbps.Setiap block akan ditukarkan switch terbabit kepada yang berkapasiti 100mbps. contoh di cendiakawan setiap blok memerlukan 8 set penukaran swicth.Kelajuan sambungan internet UNITEN sekarang adalah 34mb dimana termasuk dengan muadzam.
Selepas kerja-kerja menaik taraf di kampus bangi selesai, giliran muadzam pula. (server sendiri muadzam...)Untuk makluman, setiap port di cendiakawan, ilmu dan murni akan mempunyai minimum 3 ip dan maksimum 5 ip..
Selain penukaran switch baru, pihak ITMS juga menambahbaik server proxy UNITEN dengan menukarkan system lama yang sedia ada kepada sytem baru yang lebih sesuai dan lebih baik dari sebelumnya.Pengasingan proxy diantara student dan staff juga telah dilaksanakan.ITMS juga dalam proses pembelian monitoring tools untuk mengefisyenkan kerja-kerja kawal selia network UNITEN (tgk apa yang kita buat la..)
Antara penyumbang kepada kelembaban sambungan internet adalah aplikasi online games yang menggunakan server dalaman dan juga terlalu banyak port yang aktif pada satu-satu masa ( banyak sangat user yang online..)Penguna tunnel tidak memberikan kesan melembabkan sambungan internet di uniten kerana mereka mengunakan sever luar.
Pihak ITMS juga masih bersikap tutup sebelah mana untuk aktiviti meng"abuse" sambungan internet buat masa ini. Namun tindakan selanjutnya akan diambil jika aktiviti ini masih berleluasa.Pihak ITMS memberikan jaminan bahawa masalah sambungan internet akan selesai selewat-lewatnya pertengahan bulan Oktober 2008.
Jika terdapat sebarang masalah mengenai sambungan internet sila hubungi ITMS
Talian : 603-8921 2020 ext : 1669
Masa Bekerja : 9.00am - 10.00pm

No comments: