Friday, November 7, 2008

Penjelasan dari pihak ITMS II, Meeting 6/11/2008

Antara penjelasan mengenai masalah network UNITEN oleh pihak ITMS:

1) Berikutan masalah network diantara pertengahan bulan Oktober 2008 dimana pada ketika itu pihak ITMS sedang menjalankan proses membahagikan bandwidth diantara pihak staff dan student. Berikut sedikit maklumat mengenai itu:
Siang
15MB - staff/lecturer
12MB - student
7MB - server/ilsas

Malam
21MB - semua apartment penginapan(student/staff)
13MB - server(untuk tampung semua connection)


2)Masalah mengakses port 22 pula adalah maybe disebabkan kesilapan teknikal dan pihak ITMS telah terlepas pandang. Port 22 sepatutnya default open dan tidak ditutup sepatutnya. Tindakan susulan mengenal pasti masalah sebenar akan diambil segera.

3) Wifi di UNITEN dalam perangcangan diperluaskan kesemua blok akademik. Namun masih menunggu clearance pihak pengurusan.

4) Akses wifi menggunakan PDA di UNITEN adalah terhad kepada PDA yang mempunyai konfigurasi yang boleh disablekan network certificate. Pihak ITMS tidak mempunyai sebarang dedicated network certificate buat masa ini.

5) Kampus muadzam akan mendapat perkhidmatan 24/7 internet dengan kapasiti bandwidth 2MB dimana ia adalah berasingan dengan network Kampus Bangi. Untuk makluman Kampus Muadzam mempunyai kapasiti bandwidth 2MB oleh telekom malaysia. Manakala Kampus Bangi berkapasiti bandwidth 34MB oleh time telecommunication.

6) Sambungan Wide Area Network (WAN) diantara Kampus Muadzam dan Kampus Bangi dalam perancangan dan masih dalam percubaan. Sambungan ini menggunakan grid nasional atas ihsan TNB dengan kapasiti bandwidth 34MB. Pihak ITMS juga mempunyai kepakaran untuk menaik taraf sambungan ini. Insyaallah kalau semua berjalan lancar tahun depan maybe akan wujud sambungan WAN diantara kedua-dua kampus. Perbincangan diantara pihak UNITEN dan TNB masih dalam proses.

8) Berikut adalah kos network uniten:
Kampus Bangi - 34MB = RM450K annually
Kampus Muadzam - 2MB = RM100K annually

9) Kemungkinan perancangan peningkatan bandwidth UNITEN akan diadakan seawal tahun depan bagi memenuhi keperluan warga UNITEN baik student/staff/lecturer kedua-dua kampus.


Kehadiran:
Encik Faizal Aziz -IT Executive ITMS UNITEN
Saudara Syafeeq - Presiden MPP UNITEN 08/09
hantugaz - wakil UG Community

No comments: